Tuesday, 31 January 2012

Malas....

Apakah itu malas????


- malas merupakan satu penyakit yang datang dari diri manusia itu sendiri.tidak mahu melakukan sesuatu perkara tanpa sebab...Ya..itulah malas namanya...



Malas
Aku malas
Biarkan aku tidur
Biarkan jangan kau kejut!

Biarkan tubuhku terbaring di situ
Biarkan aku lena
Aku malas
Bukan aku tidak berdaya
Bukan aku tidak bermaya
Tapi aku malas

Biar mataku tertutup rapat
Namun fikiranku jauh berterbangan
Walau tanganku tidak bekerja
Akalku masih sibuk
Dengan agendanya sendiri









Hindari Sifat Malas Dan Bacul (Penakut)


Terjemahan Hadis
"Diriwayatkan daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud :Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, 
takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azab kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" (Riwayat dari Muslim).




                Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tanpa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.


Tips,hilangkan malas


1. Membasuh muka atau mandi ketika mengantuk menyerang.


2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring lagi merbahaya atau boleh menyebabkan tidur.


3. Berpindah dari ruang baca ke tempat yang lain seperti ruang tamu atau juga ke dapur.


4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di dekat jendela atau membuka jendela-jendela kamar lain untuk menambah kesegaran.


5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah atau bilik.


6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau teman sebilik hal-hal lain. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menambah semangat, bukan untuk membazirkan masa.


7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.


8. Mengubah kegiatan. Misal bosan menghafalkan surat berganti dengan membaca, jika bosan membaca diganti dengan mendengar music.


9. Pola makan yang teratur dan istirehat yang cukup juga penting.


Semoga dengan tips ini sedikit dapat bermanfaat bagi kita semua.




pesanan kawan kepada kawan....





No comments:

Post a Comment