Monday, 19 March 2012

Bunga Mawar....

Bunga ros atau bunga mawar adalah ‘ratu segala bunga’. Ia adalah sejenis bunga yang sangat cantik apabila dipandang mata, tetapi awas jika memegangnya kerana batangnya dipenuhi duri yang tajam. Kecantikan bunga ini sering dijadikan lambang kejelitaan seseorang perempuan itu dan juga sebagai bahan penulisan. Keharumannya pula telah memikat hati untuk menjadikannya perhiasan. Ditambah pula dengan keserian bunga ini, maka sempurnalah ia sebagai bunga pujaan kita.

Namun, tahukah kita akan erti dan sejarah disebalik bunga ros ini? Sudah tentu ramai yang tidak tahu kerana manusia kini hanya lebih berminat menikmati keindahan dan kecantikannya. Mereka juga berfikiran sempit kerana menganggap bahawa bunga ros ini adalah lambang cinta semata-mata tanpa mengetahui luasnya maksud sebenar bunga ros ini.

Ada yang mengatakan asal terjadinya bunga ros berwarna merah adalah kononnya Siti Hawa mencium bunga ros putih di Taman Syurga tetapi bunga ros tersebut telah bertukar menjadi warna merah berseri kerana kesukaannya yang amat sangat,sejauh mana kebenarannya, Allah saja yang tahu... 

Selain itu,bunga ros tidak sahaja merakamkan saat-saat suka dan kegembiraan kita semata-mata. Akan tetapi bunga ros juga memainkan peranan untuk merakamkan saat-saat duka kita. Contohnya, apabila seseorang meninggal dunia, khususnya dalam masyarakat Melayu, bunga ros dan air mawar(air ros) akan ditabur dan disiram di atas pusara sebagai lambang kecintaan serta doa daripada kita yang masih hidup untuk mereka yang telah pergi. Jadi, bunga ros adalah penyambung ikatan aksih sayang antara yang hidup dengan yang telah pergi buat selama-lamanya. 

Bila sekuntum bunga ros diberikan kepada seorang penyair, penyajak atau penggubah lagu, maka terhasillah sesuatu karya seni yang sangat romantik. Sangkaan ini sudah pasti tidak dapat disangkalkan lagi kerana telah terbukti. Contohnya, lagu “Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi” nyanyian romantik daripada kumpulan Alleycats, hasil ciptaan penggubah muda suatu masa dahulu iaitu M. Nasir telah berjaya menjadi pujaan rakyat Malaysia selama berbulan-bulan dan sehinggalah ke hari ini lagunya masih dikenang.

Sekuntum mawar mekar boleh menyatakan “Aku Cinta Padamu”. Daripada sekuntum ros sahaja mampu menambat dan juga meruntuhkan hati dua insan yang diciptakan Allah S.W.T. untuk berkasih sayang. Keadaan seseorang yang mengirimkan bunga ros dapat memberikan erti yang tersendiri atau makna yang tersirat di hati. Inilah rahsia yang masih ramai lagi orang tidak mengetahuinya. Bak kata orang “Tak kenal maka tak cinta”. Jadi hari ini marilah kita sama-sama membongkarkan rahsia yang tersirat di sebalik bunga ros itu serta kenali cara mengirimkan bunga ros kepada seseorang yang kita sayangi untuk mewujudkan rasa cinta dan menyempurnakan kehidupan ini.

~ Seikat ros merah membawa erti penghargaan terima kasih.

~ Sekuntum ros merah dan sekuntum ros kuning membawa erti kegembiraan yang teramat sangat,berbeza daripada kegembiraan biasa.

~ Sekuntum ros mekar dan dua kuntum ros kuncup membawa maksud rahsia, dan tidak boleh diketahui oleh orang lain.

~ Dua kuntum ros dijadikan satu dengan menggunakan dawai halus atau benang sehingga bersatu dan kelihatan tumbuh dari sebatang pokok membawa erti terjalinnya ikatan pertunangan yang akan membawa kedua-duanya ke jinjang pelamin.

~ Ros merah menunjukkan rasa hormat dan menunjukkan keberanian dan rasa kecintaan.

~ Ros jingga menyatakan rasa kegembiraan dan rasa keinginan yang kuat.

~ Ros merah jambu menunjukkan kebahagiaan yang dihadapi dan sikap sopan santun serta rasa hormat kepada orang lain.

~ Ros kuning menunjukkan keriangan dalam hidup.

~ Ros putih yang bertepi warna lain menunjukkan perpaduan yang erat dan ikatan yang mesra.

~ Ros yang kuncup menunjukkan kecantikan, usia yang muda dan hati yang belum mengenal cinta.

~ Ros merah yang kuncup bermaksud kemurniaan dan kecantikan.

~ Ros putih yang kuncup adalah masa remaja yang penuh dengan alam fantasi dan kegembiraan.

~ Ros yang tidak berduri dan kuncup bererti cinta pandang pertama yang penuh romantik.
            
             Setelah anda tahu makna tersirat di sebalik bunga ros, maka nyatakanlah hasrat cinta anda bersama sekuntum ros merah untuk menyerikan senyuman si dia. Bak kata orang “Cinta pada bunga, bunga akan layu”. Tetapi kenapa anda tidak menyatakan kepada si dia “Cinta pada bunga, bunga akan memekarkan kehidupan kita”. Renungkanlah…


 

Sabar....


Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Sifat SABAR  terbahagi  kepada dua bahagian:  


1 -  Maqamat 
Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut,iaitu sifat ini sentiasa kekal pada diri kita  tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya.Sifat itu ialah sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.

2 - Ahwal
Ahwal ini merupakan suatu perasaan  yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
         1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
         2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
         3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang  tidak diingini
         4 - Sabar terhadap hawa nafsu  




Doa Orang Bersabar



Kesabaran Itu Penting

Ada seorang hamba Allah sering berdoa agar dapat menikmati keindahan bunga dan rama-rama di halaman rumahnya. Namun doanya sekian lama tidak terkabul bila ia hanya mampu menikmati pokok kaktus yang berduri disamping ulat yang sering ada di pokok tersebut. Setelah agak lama dia melupakan hajat tersebut suatu pagi pohon kaktus yang dikatakan tidak cantik itu telah menghasilkan bunga-bunga yang berwarna-warni. Bahkan ulat-ulat yang selalu merayap di pokok kaktus itu telah berubah menjadi rama-rama yang amat cantik memenuhi ruang halamannya.

percayalah pada Allah...InsyaAllah...DIA akan tolong hambaNya yang selalu berdoa kepadaNya...






pesanan kawan kepada kawan.....