Monday, 19 March 2012
Sabar....
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:
1 - Maqamat
Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut,iaitu sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya.Sifat itu ialah sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2 - Ahwal
Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
4 - Sabar terhadap hawa nafsu
Doa Orang Bersabar
Kesabaran Itu Penting
Ada seorang hamba Allah sering berdoa agar dapat menikmati keindahan bunga dan rama-rama di halaman rumahnya. Namun doanya sekian lama tidak terkabul bila ia hanya mampu menikmati pokok kaktus yang berduri disamping ulat yang sering ada di pokok tersebut. Setelah agak lama dia melupakan hajat tersebut suatu pagi pohon kaktus yang dikatakan tidak cantik itu telah menghasilkan bunga-bunga yang berwarna-warni. Bahkan ulat-ulat yang selalu merayap di pokok kaktus itu telah berubah menjadi rama-rama yang amat cantik memenuhi ruang halamannya.
percayalah pada Allah...InsyaAllah...DIA akan tolong hambaNya yang selalu berdoa kepadaNya...
pesanan kawan kepada kawan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment